Sebab Amad g Pangkor maka sy sensorang ..
UWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA
Assalamualaikum
Ramai bertanye
Makanana kat Turkey best x?
Orang die ok x?
Meka ? Madinah
Bagi I
Makanan di Mekah dan Madinah tiada masalah...SEDAP je smua...tula Perut saya semakin naik,,,tapi peha macam da kurus sebab banyak berjalan kan
Di Turkey
Mungkin mereka belum merasa nasi lemak , kari ayam, ayam masak lomak OUR Foods is most delicious gurl !!!
Nasibla I ni tak kesa sangat .makan meggi pun OK..asalkan MAKAN..Tapi kalau ade sambal kering tu kan best,so mase kat Istanbul memang I Kurus la...semua CLEAN FOOD
IKAN, NASI kuah dal ..tapi kuah dal die macam hemm..adda spice yang macam tak leh den nak tolan...wee~~~
Memang la tak abes..the end makan ROTI lorrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr..nasib roti die sedap
Lunch dia..adoiiiiiiiiiiiiiiiiii ..ikan da fresh da..tapi kosong kosong,..
Nasib b4 fly I masak ikan siakap tiga rasa! yummy tau!!!
Tak sempat nak snap..sebab dah bahagi2 kan
I bawak dalam 1ooo rial,,abes jugak..licin
Mama cakap ko ni beli barang orang je..Barang sendiri tak de ke..
Takpela mama sedekah
Nasibla yang order Jubah Pija ngn Abang mraz je...Kalau tak..hihihihi.Walaupun dorang nak bayar, segan la,,.Hope Abg mraz muat dan suka jubah hoody tu and Pija pun muat la jubah tu(Amin)
I memang suka sebab percaya Tuhan cakap bagi 1 dapat 10...Bukan dari segi wang tapi macam2.Amin Amin Amin
Hope yang dapat gift dari I tu..U like it..Ikhlas walaupun tak seberapa..Heheheh :)))))
Ni betulllllllllllll
Jika setiap infaq dibalas
dengan 10 kali ganda sahaja sudah sangat hebat apatah lagi jika dibalas
sehingga 700 kali ganda atau lebih.
Mungkin ada di antara kita
telah melakukan infaq tapi merasa tidak mendapat balasan. "Allah mengikut
persangkaan hamba-Nya", maksud hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam
Muslim. Jadi yakinlah bahawa setiap infaq yang kita lakukan pasti
dibalas oleh Allah SWT. Hanya saja balasan-Nya ada yang disegerakan
dan ada yang ditunda sehingga kita benar-benar perlu. Ada balasan dalam bentuk
harta (material) dan ada juga yang dibalas dalam bentuk dikurniakan kesihatan,
disembuhkan dari sakit, dipermudahkan jodoh, dihapuskan dosa, dihindarkan dari
musibah, dilindungi dari azab , kemalangan dan lain sebagainya.
Sesiapa yang membawa satu amal kebaikan, maka baginya (balasan) sepuluh
kali ganda (daripada kebaikan) yang sama dengannya" - Surah al-Anam (ayat
160)
Hadis Rasulullah SAW, daripada Abu Hurairah berkata: “Rasulullah SAW bersabda setiap anggota badan manusia bersedekah setiap hari selama matahari masih terbit. Kamu mendamaikan antara dua orang (yang berselisih) adalah sedekah, kamu menolong seseorang naik ke atas kenderaannya atau mengangkat barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, berkata yang baik itu adalah sedekah, setiap langkah berjalan untuk solat adalah sedekah, dan menyingkirkan suatu halangan dari jalan adalah sedekah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Namun, tidak pula dinafikan ada segelintir masyarakat kurang prihatin terhadap impak positif amalan sedekah terhadap dirinya dan juga masyarakat. Mereka berasa harta kurang apabila memberi selain berasa takut kehilangan barang kesayangan.
Mereka inilah yang kurang kefahaman dan keyakinan mengenai kelebihan bersedekah seperti yang dijelaskan di dalam al-Quran dan Sunnah.
Bagi yang kurang faham, bukalah hati dan minda untuk memahami betapa besarnya ganjaran yang Allah sediakan. Terdapat sifir mudah termaktub di dalam al-Quran di dalam Surah al-Anam, ayat 160, yang bermaksud, “Sesiapa yang membawa satu amal kebaikan, maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (daripada kebaikan) yang sama dengannya.”
Jika kita memberi, memang secara zahirnya apa yang kita miliki itu akan berkurang. Namun, ia bertambah di sisi Allah SWT, malahan ganjarannya boleh sampai sehingga 700 kali ganda.
Firman Allah SWT bermaksud: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji, dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261).
Apabila memahami sifir sedekah di atas, maka yakinlah sedekah akan menjadikan kita kaya dengan sekelip mata. Masakan tidak kaya, apabila memberi satu, bukan berkurang, tetapi ditambah dengan gandaan 10. Malah boleh digandakan hingga 700 kali ganda.
Justeru, jadikan amalan sedekah bukan sebagai amalan kebetulan iaitu jika tidak ke masjid, tidak bersedekah. Jika bukan hari Jumaat, tiada yang mahu disumbangkan, tetapi jadikanlah ia sebagai amalan harian.
Kalau tiada yang meminta, kitalah yang mencarinya. Alangkah hebatnya seorang Muslim yang tidak akan tenang hatinya jika tidak dapat memberi dalam sehari.
Penulis adalah pelajar Kursus Bahasa Arab dan Komunikasi, dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
INSHAALLAH -xoxo-opal
No comments:
Post a Comment