Sunday 9 June 2013

AL KISAHNYA~

HAI

 
Sebelom nak kemas kemas
 
Saya tersentuh mendengar cerita mutawif semasa ziarah madinah dulu
 
 
Kalau ikot ayat patik kompom takde bunga bunga Nye..wee~~~~

Kisah Umar Al-Khattab mencari pasangan untuk anaknye

 
Khalifah Umar bin Al- Khattab telah memilih calon isteri untuk anaknya, Ashim dengan seorang gadis penjual susu.
 
Beliau tidak melihat dari segi keturunan, pangkat atau kekayaannya, tetapi dia melihat dari segi agama dan akhlak yang luhur wanita itu.
Ini kerana, pada suatu malam khalifah Umar sedang mmbuat tinjauan ke atas rakyat-ralyatnya. Sampailah Umar di sebuah rumah penduduk, ketika itu mereka
sedangberbincang tentang sesuatu.Umar mendengar semua perbincangan mereka.
Seorang ibu berkata kepada anak perempuannya
 
IBU }}}  'Anakku bangunlah, campurkanlah susu itu dengan air!'

Puterinya menjawab"Apakah ibu belom mendengar larangan daripada amirul mukminin?"

Ibu itu bertanya"Apakah larangan Amirul Mukmini itu?"
 
Puterinya menjelaskan"Wahai ibu sesungguhnya amirul mukminin melarang umat Islam menjual susu yang dicampurkan dengan air."Salah IBU itu menipu

Ibu itu berkata lagi" Cepatlah engkau campurkan susu itu dengan air, tidak usah kamu takut dengan Saidina Umar, kerana Umar tidak melihatmu."

Puterinya menjawab"Wahai ibuku memangla Umar tidak melihat kita, tetapi Tuhan yang disembah Umar melihat kita. Maafkan saya duhai ibu kerana tidak dapat memenuhi permintaan mu. Saya tidak mahu menjadi orang yang munafik mematuhi perintah di depan orang ramai, tetapi melanggar nya di belakang mereka.
 

"Khalifah Umar yang tegas itu mnjadi terharu hatinya. Umar berasa bangga dengan ketaqwaan gadis penjual susu itu. Setelah pagi, Umar mengarahkan puteranya Ashim supaya pergi ke rumah gadis tersebut.

" Wahai anakku pergilah ke rumah gadis si penjual susu, jika dia masih sendiri pinanglah dia, mudah mudahan Allah memberi kurnia padamu anak yang soleh."Ternyata dugaan Saidina Umar itu benar sekali. Ashim menikah dengan seorang wanita yang mulia dan dikurniakan anak perempuan yang bernama ummu Ashim. Kemudia Ummu Ashim menikah dengan Abdul Aziz bin Marwan dan mendapat seorang anak lelaki bernama Umar bin Abdul Aziz yang kemudiannya menjadi seorang khalifah yang terkenal dan bijaksana.
 
 
Mutawif itu berkata " Bukan kerana kurangnya lelaki berkualiti dalam dunia ini ya Tuan Puan tapi kurangnya perempuan yang baik untuk melahirkan zuriat yang baik baik..
 
 



 
XOXo OPAL
 
 
 
 

No comments: