Friday 31 August 2012

Zaman Kegemilangan & Salad

Assalamualaikum

Selamat pagi...

Zaman Kegemilangan ku...


Berat ku 47 kg..hahahahaha

Kilat muka aku kan...Mawas oh mawas


 Adik angkat pun ramai da kawen da ko Ain..

Zaman Teknik...haahah miss u all
 
Setiap orang mesti ada zaman kegemilangn kan.kah kah..mcm sy zaman kegemilagan sy masa sekolah Teknikla..gahgah...sbb mase tu kurus+ramai adik angkat+ menjadi $%$%^&.....hhahahahah
 
Tapi itulah masa dah berlalu.. Hidup umpama roda..ada jatuh dan ada naik..Cewah poyo je,.ingat ko retis ka....
 
Macam adik sy amad die pun pernah mengalami zaman kegemilangan nya.Ramai peminat la,,blabalala.A
 
Akan TETAPI...................................... semasa kemuncak muka amad kene jerawat yg teruk. Dia makan apa tah.Sampai cikgu sekolah suruh dia balik sbb macam ada kanser kulit.keluar darah hitam macam jerawat batu bila pecah..ewwwwwww.cian kan...sob sob..
 
Tapi sekarang da Ok pakai sabun AVACADO (ada di toko toko jamu) dan fair n lovely setiap hari..
 
 
 
CUma tula kulit dia mcam datok K gitu..ada lobang2 sikit...hahah sorry amad love u...
 
Tapi tula dia kate " Mungkin ada hikmah nya kan aku kene penyakit kulit tu mana lah tau aku jadi player ke ape ke kan..KIta tak tau hikmah tersembunyi nya..
 
OK STOP cite pasal amad..
 
SALAD
 
Sekarang Sy makan SALAD je..BETOl..
Sebab nak kurus. Tapi tu la,,ade yo yo ooo je..so kene la kuat..
 
Kalau dulu beli burger
" Bang Mayo lebih skit ye.kalau ada duit lebeh kompom tambah cheseseeee''
hahahahaha
 
Sekarang...
" Bang Burger ayam 1 mayo sikit je..(LEh caya ke..hahahaha)
 
 
 
Rambut da panjang..gah gah gah..
 Makan kat Udo InciSushi.Sedapppppppppppppp
                                                Sedap gile la Salad ni....Thumb UPPPPPP !!

 Salad ni tak healthy lansung.,,sedap tapi not my taste..tak sedap la ek....Ni kat Plan B Paradigm Mall..




 Puan Aina lawa je walaupun anak satu..sy pggl aina wak segan sebab dia naik kereta tu...
 
 
Tapi makanan Diet ni memang mahal sikit.macam Salmon.kan...
 
 
Nak Badan Macam Miranda Kerr ni Boleh tak?
 
                         Tak kira nak jugak..kalau boleh nak keding keding..wakakakakakakakak

Ni sy amek dari blog sususejat.com - (Suka Baca !baca je keee)
 
1 – Golongan jaga makan, tak mahu bersenam
Manusia-manusia nak kurus dari golongan ini sangat ramai. Rata-rata mereka amat liat dan malas untuk bersenam dengan alasan seperti “punggung aku besarlah, susah nak bergerak”, “aku sibuk bekerja sampai tiada masa bersenam”, dan sebagainya. Kebiasaannya golongan-golongan ni tak makan nasi, diorang makan biskut pakcik Ya’akob (Jacobs), minum susu Anlene segelas sebagai santapan makan malam, sampai satu tahap kita sendiri pun tak tahu di mana terletaknya sumber protein dalam diet mereka. Yang menariknya, akan ada yang cakap, “Aku tak makan nasi, aku makan megi, dalam megi ada protein apa, tengok apa yang tertulis kat bungkusan megi ni kalau tak percaya!” (agak-agak dia faham tak apa yang dimaksudkan dengan “Essentials Amino Acids“? kesian kena kelentong bulat-bulat macam tu)

Malas bersenam, tapi ada hati nak kurus…
2 – Golongan tak jaga makan, tapi bersenam gila-gila(ni cik opal wuwu)Manusia-manusia dari jenis ni mungkin kita jarang dengar, tapi jangan tak tahu, ada. Selalunya golongan ni akan mengomel, “aku hari-hari main futsal, setiap pagi berjogging, tapi kenapa tak kurus-kurus juga ni?!” Bila ditanya apa yang mereka makan, jangan terkejut jika mereka menjawab sebelum tidur mereka makan macam-macam, burgerlah, goreng pisanglah, roti canailah. Nak kata tak cukup makan tak juga sebab waktu pagi, tengahari, malam makan masih makan nasi. Tak perlu dihairankan juga jika selepas bersenam mereka tonggang minuman 100 plus sebotol besar tu. Macam mana nak kurus kalau dah nafsu macam tu?

3 – Golongan jaga makan, bersenam kardio, tapi tak buat weight training
Golongan ini sebenarnya lebih elok daripada 2 golongan di atas, cuma dia tak lakukan weight training. Golongan ini aku jamin akan mengalami penurunan berat badan sebab berkardio gila-gila, jogging hampir setiap hari berjam-jam lamanya, tapi jangan tak tahu yang banyak turun tu bukan sahaja lemak, tetapi enjin kepada pembakaran lemak iaitu otot. Kebiasaanya golongan seperti ini akan cepat mencapai plateau (berat jadi statik, tak mahu turun-turun dah) ketika menurunkan berat badan, dek kerana kejatuhan
kadar metabolisma. Kenapa kadar metabolisma jatuh? Tentulah disebabkan penurunan otot!

4 – Golongan jaga makan, bersenam kardio, DAN buat weight training
Golongan ini lah yang kita cari sebenarnya, tuan-tuan dan puan-puan. Cubalah menjadi sebahagian daripada golongan ini. Mengapa aku berkata demikian? Ini kerana, golongan sebegini bukan sahaja pandai meningkatkan jurang defisit kalori menerusi jaga makan dan kardio (senaman kardio seperti jogging, futsal, badminton, hiking, membakar beratus-ratus kalori untuk satu sesi), tetapi juga PANDAI menjaga enjin yang menggerakkan metabolisma untuk membakar lemak, iaitu otot.

Apabila kita memaksa penyusutan berat badan menerusi defisit kalori, secara umumnya badan akan memasuki fasa katabolik. Badan seterusnya bukan sahaja mengambil sumber tenaga alternatif daripada lemak yang tersimpan di bawah tisu adipos, tetapi otot juga akan dibakar sebagai bahan bakar alternatif, dan ini merupakan sebahagian daripada sistem penyesuaian tubuh badan dengan ‘situasinya yang baru’, iaitu penerimaan kalori dari luar (makanan) yang kurang. Keadaan ini akan mengakibatkan penyusutan otot, sekaligus kadar metabolisma akan jatuh.
Oleh yang demikian, weight training itu perlu kerana menerusi weight training, otot-otot kita akan dipaksa untuk bekerja dan ‘membesar’. Hakikatnya, otot tidak akan membesar kerana kalori yang diambil tu tak cukup, tetapi sekurang-kurangnya weight training akan melawan kembali kesan penyusutan otot, sekaligus meletakkan ia dalam fasa anabolik. Kesannya, berat otot tidak akan jatuh, kadar metabolisma meningkat, dan lebih banyak lemak yang akan dibakar apabila kardio dilakukan kelak.
Tidak semestinya weight training ini melibatkan besi dumbell, atau perlu ke gym untuk melakukannya. Memadai dengan melakukan senaman calisthenics seperti tekan tubi (push-ups), sit-ups, squat, lunges, atau pull ups. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa mereka yang melakukan senaman kardio + weight training akan turun berat sekurang-kurangnya 2x lebih pantas berbanding individu yang tahu berjogging (kardio) sahaja.

Komen SS: Golongan yang tak jaga makan, tak bersenam langsung, tapi ada hati nak kurus itu lebih teruk berbanding keempat-empat golongan di atas.. mereka akan pandang kepada pil kurus tu sambil bercakap dalam hati, “Dengan mengambil sebiji pil ini setiap hari, aku pasti akan kurus dan memiliki badan seperti Taylor Swift 5 bulan dari sekarang, hehehe”
Berikut dilampirkan top 10 entri yang pernah ditulis oleh SS, yang menggambarkan kemalasan rakyat Malaysia bersenam (dah banyak diulas sebelum ini, maka dah jadi malas nak ulas panjang-panjang):
  1. Adakah kamu rakyat Malaysia itu? (typical unhealthy Malaysian)
  2. Senaman terapi kesihatan sebenar sejak azali!
  3. 4 golongan nak kurus di Malaysia, salah satunya malas bersenam
  4. Malas bersenam dan lemah gaya hidup, akhirnya statistik obesiti meningkat
  5. Mengapa senaman mengurangkan risiko sakit jantung?
  6. Bersenam, penawar segala jenis penyakit – proven by research!
  7. Mentaliti bersenam di kalangan orang Malaysia (written in KevinZahri.Com)
  8. Percubaan pertama MEMAKSA segelintir rakyat Malaysia untuk bersenam
  9. Gaya hidup yang lemah punca obesiti dan diabetes
  10. Kaum Cina lebih “Health Concious” (rajin bersenam) berbanding Melayu & India
Komen SS: Badan kita bukan milik kita secara mutlak, sebaliknya cuma pinjaman dari Tuhan, sampai masanya kita kena serahkan kembali badan kepada Sang Pencipta. Tak malukah kita kalau pinjam barang orang, tapi buat palat dengan barang yang dipinjam itu seolah-olah kita yang memilikinya secara mutlak?


Haaaa Bestkan Susu sejat ni,..K babai Cayok Cayok jgn Cakap je..Nothing is Impossible?or Imposibble is nothingla..can la

Xoxo-Opal
 
 
 

8 comments:

j z . z said...

Wo! Nk kurussss cem ko :(

My Opal said...

Cayok bebeh..nothing is impissible!

My Opal said...

Cayok bebeh..nothing is impissible!

My Opal said...

Cayok bebeh..nothing is impissible!

My Opal said...

Cayok bebeh..nothing is impissible!

My Opal said...

Cayok bebeh..nothing is impissible!

cik ems said...

nak kurus jugak, tapi malas dayet. kehkeh

My Opal said...

leh nye cik EMS...!!