Sunday 16 June 2013

JIWA TERISI

HAI

BISMILLAH

BACK TO NORMAL! Kerja , workout tapi kene ada( ++ )Iaitu solat ikot mase dan mengaji(kene curik2 masa hadoii)..InsyaAllah :-)

Assalamualaikum Readers!!


U all

I baru balik hike Broga!  Again!!!!!!!!

HUSH HUSH

 
Cik Elyda nak kurus katenye

 
Baju Istanbul tu saiz S tapi besau lak, takpela..baju besar  pun sikit jo...tp beli 2 je sebab dalam rm45




Pija cakap Bai u "IN dengan warna kuning& Oren...Betul ke? bolehlaaaaaaaa ingat Pink


 
Mase ni Si Farah kurus dari I kan...Farah yg pakai baju purple tu...Nak cakap lagi satu miracle bintik2 kat badan I hilang..Alhamdulillah..Sebab jadi bintik bintik di dada dan tempat2 lain mase jadi volunteer zoo ni kan...dah DOA depan Kaabah...Syukur!!
 
 
 

 
Nak cerita tentang JIWA TERISI ..........memang di dpn Kaabah je jiwa terisi dari 100000x pergi PANTAI, HUTAN GUNUNG...perasaan dia lain...BETOL
 
lagi satu
 
I selalu tawaf sorang tapi kitaorang akan tawaf pada waktu yang sama dengan Amad ngn Mama..tapi pelik dan Ajaib nya
 
I Nampak orang MENGESOT OK.SOB SOB..HANYA INGIN MINTAK KEAMPUNAN ALLAH Tengah tengah panas...sedeh je,,meleleh air mata, perempuan pulak tu
 
Addikku pulak Nampak orang Buta masa tawaf...semua tu  KUASA ALLAH...ALLAH MAHA KAYA..MAHA PENGAMPUN
 
 
 
U nak pergi pantai kan,,mesti rasa kosong..kosong je SEBAB takde I..EH silap..sebab nak tengok orang pakai BIKINI kan!! kompom takdapat ketenangan JIWA Nye,,,hahaha
 
I dah kata pergi Umrah dulu baru Berkah eh bukan u  yang cakap dulu...:-)

 
 



 
 
Suke

 
Ingat KEINDAHAN itu KEINDAHAN MU

 
Teringin...

 
Ha..ni paling tepat sekali...percayalah.....
 
 
Seseorang bertanya bagaimanakah beliau dapat mencari kebahagiaan yang hakiki dalam menghadapi hidup yang mencabar. Apakah itu sakinah dalam kehidupan?
 
Sebenarnya, saya sendiri gerun untuk menjawabnya kerana ketenangan dan ketenteraman jiwa yang sebenar tidak boleh sesiapa pun berikan melainkan hanya Allah.
 
 Hanya insan-insan yang benar-benar mendampingi diri kepada Allah akan menikmatinya. Saya juga seperti yang bertanya, berusaha mencari dan ingin memperolehinya.
 
Saya merenung kata-kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) dalam kitab kerohaniannya yang terkenal ‘Madarij al-Salikin’. Suatu kata-kata yang terbit dari ilmu dan pengalaman kerohanian yang dalam. Kata beliau:
 
“Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan mengadap Allah, padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah, padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubungan denganNya, padanya ada kegusaran yang tidak ditenangkan melainkan bersama Allah dan kembali kepadaNya, padanya ada api kedukaan yang tidak dapat dipadamkan melainkan redha dengan perintah, larangan dan ketentuan Allah, menghayati kesabaran sehingga bertemuNya, padanya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dengan cinta dan penyerahan diri kepada Allah, sentiasa mengingatiNya, keikhlasan yang benar kepadaNya”.

PENAWAR

 
Itulah penawar bagi jantung hati insan. Itu ubat bagi nurani insan. Dunia dan segala isinya tidak akan dapat membawa kebahagiaan ke dalam sanubari insani, jika insan itu tidak mengenali Allah, mendampingiNya, memohon daripadaNya, merintih dan menangis di hadapan kebesaranNya. Insan telah mencuba pelbagai perkara dalam kehidupan, tetapi mereka tetap gagal menemui sakinah, kebahagian dan ketenangan yang hakiki selagi mereka tidak kembali menyerah jiwa raga, ruh dan jasad tunduk dalam sedu dan syahdu mengingati dan bertawakkal kepada Allah.

Manusia mungkin boleh menawarkan harta, wanita dan kuasa, namun belum tentu bersamanya bahagia. Justeru, seorang yang tinggal dalam rumah yang indah dan mewah, belum tentu lebih bahagia dan tenteram jiwa dari seorang yang tinggal di rumah yang usang dan buruk.

 Seorang wanita yang bersuami orang kaya belum tentu lebih bahagia dari seorang wanita yang bersuami lelaki biasa.
Seorang yang beristeri cantik, belum tentu lebih bahagia dari yang beristeri tidak seberapa. Bahkan yang dihidangkan makanan lazat, belum tentu dapat menikmatinya melebihi seorang yang hanya dihidang makanan kebanyakan.

Maka, jangan hairan jika negara-negara maju dan kaya seperti Perancis, Germany, Jepun, Austria peratusan rakyat mereka yang membunuh diri tinggi. Kebahagiaan bukan soal harta, tetapi soal jiwa insani yang kahausan kasih dan cinta ilahi.
Al-Quran dan al-Sunnah membimbing insan dalam mencari kebahagian yang hakiki ini.


Allah Menyebut
Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada satu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi apa (penyakit-penyakit) yang ada dalam dada kamu, dan juga menjadi petunjuk serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman”. (Surah Yunus 57)
 


Apabila sakinah itu turun ke dalam jiwa mukmin, tindakan dan bicara mereka melambangkan tindakan dan bicara insan yang berprinsip dan matang. Berbeza dengan musuh atau pihak yang tiada sakinah dalam bicara dan tindakan mereka. Allah menyebut hal ini: (maksudnya)
“Ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan  perasaan sombong angkuh yang ada dalam jantung hati mereka -perasaan sombong angkuh secara jahiliyah-, lalu Allah menurunkan sakinah kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, serta meminta mereka tetap berpegang kepada “kalimah Taqwa”, sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan kalimah itu serta menjadi ahlinya. dan (ingatlah), Allah itu Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” (Surah al-Fath, 26).
Itulah sakinah yang telah Allah turunkan kepada para nabi a.s. dan kepada golongan mukminan yang berjuang mendapatkan redha Allah.


Maka, dalam menelusuri hidup yang mencabar, di zaman yang penuh fitnah ini, tiada yang dapat mententeramkan jiwa kecuali bila Allah menurunkan kebahagiaan dari sisiNya kepada kita. Kata Ibn al-Qayyim dalam Tibb al-Qulub sebab yang membawa seorang kepada sakinah ialah perasaan perdampingan (muraqabah) dengan Allah seakan dia melihat Allah. Apabila perasaan itu bertambah, maka bertambahlah rasa cinta, tunduk, kusyuk, takut dan harap kepadaNya.


Kita mungkin tidak dapat menyelak cabaran dan ujian dalam hidup. Manusia yang zalim dan jahat mungkin cuba merampas pelbagai hak kita dalam kehidupan, namun mereka tidak akan dapat merampas kebahagian dalam jiwa kita kerana sakinah adalah kurniaan Allah yang diturunkan dalam jiwa mukmin.

 Kita mungkin tidak dapat bersaingan dengan orang lain di sudut kekayaan dunia dan kenikmatannya, tetapi kita sentiasa berpeluang mendapat sakinah jika memohon dan mencarinya di sisi Allah.
 

xoxo-opal (puasa lagi 25 hari lorrr))


 





 
 
 
 



 
 
 
 
 
 
 
 

No comments: