Friday, 27 July 2012

NARATIWAT

Hai...Semenjak menjak rajin ni kan..nak tulis pasal Narathiwat..
Korang pernah pergi tak?Yela di sebab kan Naratiwat negara kedua sy pergi..ala boleh la walaupun tak sampai 1 hari..tak kira nak jugak 10 Country before 30..(haha walaupun rase tak tercapai) tapi berangan tu Free je kot..so tak pe..tak salah kan...

Narathiwat (Thai นราธิวาส) merupakan salah satu daripada wilayah-wilayah (changwat) di selatan Thailand yang terletak di pantai Teluk Thailand di Semenanjung Malaysia. Wilayah-wilayah yang berdekatan (dari hala barat ikut jam) adalah Yala dan Patani. Narathiwat bersempadan dengan Malaysia di bahagian selatan.
Nama Narathiwat bermakna "Kediaman orang-orang budiman".

Kekecohan
Sejak awal tahun 2004, beberapa insiden kerusuhan dan kekecohan telah melanda selatan Thailand, terutama sekali di wilayah-wilayah Narathiwat, Yala, dan Patani. Kawasan-kawasan ini didiami oleh majoriti penduduk Melayu Islam dan aktiviti gerakan pemisah telah aktif sejak tahun 1980-an. Penduduk-penduduk di sini tidak berasa senang dengan reaksi keras kerajaan pusat terhadap aktiviti gerakan pemisah tersebut. Kebanyakkan mereka juga tidak puas hati dengan beberapa polisi kerajaan pusat yang memperlakukan mereka dengan cara berbeza dari kaum etnik Thai.
Pada 26 Oktober 20004, 78 orang telah meninggal dunia akibat kesesakan nafas setelah kesemuanya dimasukkan di dalam trak polis akibat ditangkap di atas tuduhan rusuhan di daerah tersebut dan sekelilingnya.
Pada 7 November 2004, Menteri Pertahanan Thai telah megatakan bahawa lebih kurang 700 orang elah tercedera atau terkorban akibat kekacauan yang berlaku di selatan Thailand sejak Januari.

Tengok korang..TAK BEST KAN... DAN SANGAT  MENAKUTKAN....

Macam ni...mama sy suka sangat ke Kelantan.(Ramai orang hospital orang kelantan)rasenye dulu adalah 4 x dalam setahun ke sana..sy?Tak nak cakap..sebab sy tak suka jalan ke sana hanya satu..sesak..

Selepas itu ada kawan mama..dah lupa dah nama dia..ajak ke Naratiwat...Saya pun kurang ingat..tetapi kami menaiki bot..saya lihat kawan mama ni mcm lain mcm je..seolah olah ade pistol dalam poket beliau....selepas tu..setelah sampai di perhentian itu..kami dikehendaki menaiki motor(mcm teksi 1 motor 3 orang)  line telefon sudah tiada.... Kakak saya cempaka terpisah..dia naik bersama orang siam lain..sy bersama mama naik  moto yg sama...

Setelah sampai di tempat yg dikatakan murah oleh kawan mama itu, sy lihat kakak sy tiada...call mmg tak dapat...kawan mama pun macam kelam kebut..la tempat orang kan....
Setelah setengah jam muka mama dah lain..Sy pun mcm sebak.. Setelah itu nampak kelibat motor taxi yg membawa kakak sy..Kakak sy terus menangis..Rupanya salah direction..Akan tetapi kejadian itu menyebabkan kami seluarga tiada mood hendak membeli..Tak sampai 1 jam kami balik..Kena menaiki bot jugak...
Sebenarnya kami masuk secara haram.....itulah akibat nya... Beberapa hari kami terdengar berita rusuhan di Naratiwat..2 orang terbunuh..Kami ucap syukur. TOBAT!..
Tapi itulah kawan kawan jgn buat tau masuk haram.


ITULAH PENGALAMAN YANG TIDAK BOLEH DILUPAKAN.....

Dan kawan mama tu..hemm mama cita mmg problem skit..dah kene buang pun...Mama oh mama...Berani sgt..Semasa di Narathiwat banyak kedai telah ditutup..sebab mcm darurat pun ada...kawasan seperti di chowkit..Bangunan lama..Mereka mempunyai 2 matawang  malaysia dan Thailand dan fasih bercakap malaysia...dan setiap mereka memang
mempunyai pistol...BETOL....

Kakak ku Siti Nur Cempakasari Ja'afar...Senyum ko ek(sebelum kejadian)..nasib tak kene jual..Mama sempat snap...sy duduk di hadapan ..XOXO-OPAL

No comments: