Saturday 11 August 2012

FIRASAT , NALURI DAN INSTINCT ????

FIRASAT , NALURI DAN INSTINCT

Assalamualaikum...Selamat malam..

Baru balik Ou ni..Penat teman si Wahyuedayu @Puan Ayu ni shopping...
Ha,,,berbalik pada tajuk di atas di sebabkan saya dah google tapi tak jumpa...hahaha sampai Si kelip kelip a.k.a Pija ckp ko je pikir kot nak tulis...orang lain tak de nye nak tulis macam tu...hahahah

Sebenarnya sy baru sedar instinct sy telah hilang?BETOL..Mesti korang tak percaya....

Banyak contoh...Amad adikku selalu tanye,,ko kan ade instinct,,ko tolongla aku bla bla bla..tapi serius..dah Hilang..GONE...

Contoh nya semasa sy nk jatuh tangga tu gerak hati sy cakap takkan jatuh kot...dup dup jatuh mcm nangka wangi..kan..lepas tu sy nk beli ckikenwing luar Danau tu kan.sy rasa takkan tak mask kot..Sekali makan BUSOK..Ayam lame..la makan dalam kereta Otw balik...Dan banyak la lagi...cuma tula..sy google dan jumpa la....

Sememangnya diakui bahawa manusia mempunyai gerak hati, instinct dan sebagainya. Hatta Saidina Umar RA pun pernah berkata: “Takutlah kamu kepada firasat orang mukmin.” Tetapi tetap firasat dan gerak hati bukanlah dalil dalam menghukum seseorang

Bila kita sekadar menggunakan firasat, gerak hati, instinct, sangka-sangka dalam menghukum seseorang, kita akan lihat hubungan kita hancur dalam masa seketika sahaja. Kerana kita buruk sangka dengannya tanpa asas

Bila telifon berdering, pernahkah anda ada gerakhati yang membolehkan anda meneka dengan tepat siapa yang menalifon anda ? Anda sendiri tidak tahu bagaimana anda tahu siapa yang menalifon . Tetapi anda boleh meneka siapa yang menalifon dengan tepat. Inilah yang dipanggil gerakhati atau intuisi. Pada pendapat saya, intuisi ini merupakan satu anugerah besar dari Allah untuk membantu kita.

FIRASAT

Firasat ialah perasaan atau gerakan hati yang benar atau tepat kerana mendapat pimpinan dari Allah. Sabda Rasulullah: “Takutlah olehmu firasat orang mukmin kerana ia memandang dengan cahaya Allah (Kasyaf).” (Hadis Riwayat At Tarmizi)

Jika hati kotor, syaitanlah yang mengisinya yakni jahat sangka, keraguan dan lain-lain lagi.

Akal fikiran dan perasaan yang dianugerahkan oleh Allah kepada setiap manusia merupakan satu keistimewaan yang membezakan antara manusia dengan makhluk ciptaan Nya yang lain. Akal fikiran dan perasaan ini pula dihiasi dengan naluri atau gerak hati sebagai pelengkap kejadian manusia itu sendiri. Seringkali manusia menggunakan naluri atau gerak hati ini dalam memandu mereka untuk membuat sesuatu keputusan mahupun sesuatu pertimbangan.

Pada suatu ketika, kita terasa rindu pada seseorang, pada masa yang sama telefon
berdering dan tanpa diduga, insan yang kita rindui itu berada di hujung talian – seolah-olah tahu kita sedang merinduinya!


Kemungkinan yang kedua juga merupakan satu kemungkinan yang tidak mustahil boleh berlaku. Ia dinamakan sebagai komunikasi gerak hati atau naluri. Naluri yang mendesak dalam hati seseorang itu adalah sesuatu yang unik dan ia bergantung kepada kuasa dalaman seseorang individu meneroka alam psychic. Kelebihan ini tidak semestinya dimiliki oleh setiap orang. Individu yang memilikinya juga tidak semestinya boleh menggunakan naluri mereka sesuka hati. Itulah yang disebut sebagai satu keunikan. Ia hadir hanya pada masa dan saat-saat
tertentu sahaja
.

Berbalik kepada kebolehan seseorang menguasai dan meneroka alam psychic, sesetengah manusia yang mampu mengawal naluri dan gerak hatinya dengan baik memungkinkan dia memiliki satu kuasa dalaman yang digelar sebagai `keistimewaan deria keenam'.(the sixth sense) Segalanya mungkin bermula daripada khayalan yang palsu dan terbawa-bawa ke alam nyata.

Namun, anugerah Tuhan tidak sesekali mampu kita nafikan. Ada sesetengah individu yang sememangnya mampu meneroka alam psycic menerusi kelebihan naluri dan gerak hati yang dianugerahkan oleh Nya. Oleh itu, bolehlah dikatakan bahawa, naluri atau gerak hati merupakan salah satu daripada keistimewaan deria keenam yang sememangnya
dianugerahkan kepada manusia dengan tahap dan kemampuan yang berbeza-beza
.

Antara naluri dan firasat…

Naluri dan firasat adalah sesuatu yang cukup berbeza. Naluri adalah gerak hati yang datang secara jujur dalam diri manusia itu sendiri. Firasat pula lebih cenderung kepada gerak hati yang lahir atas pertimbangan faktor-faktor luaran. Firasat mungkin datang daripada perasaan curiga, waspada dan lebih berbentuk ramalan.


Peliharalah naluri…

Secara keseluruhannya, dapatlah dikatakan bahawa naluri adalah satu anugerah yang suci dan bersih dalam diri setiap individu. Ia wajar dipelihara agar naluri itu sendiri tidak tercemar dengan firasat yang seringkali dianggap sebagai `pembunuh' kepada keistimewaan anugerah Tuhan itu. Naluri mendekatkan kita dengan Pencipta dan mendekatkan kita dengan kasih sayang. Keistimewaan ini dimiliki oleh semua orang tetapi pada tahap keupayaan yang berbeza-beza. Jadi, hargailah keistimewaan itu, manfaatkanlah ianya sebaik mungkin.

(kaunseling.multiply.com/journal/item/13/antara-firasat-dan-naluri)

haaa..kan...tapi malang nya naluri sy dah hilang,,Harap 'ia' akan pulih....takot benda benda buruk je terjadi, sy tak dapat instinct sy..Selalunya mesti ada..Jadi banyak banyak ber Doa kan...

Okey semalam kat Danau dengar lagu ni..macam layan la pulak..
Tang chorus tu...Kau tahu betapa Ku Sayang PadaMU.... Hanya Bidadari Macam Baiduri......Uppppsss Salah...
Pastu lagu ni pulak...Sesak sesak orang pun leh layanzz K tu je...Whrever you are, wherever you go, what ever you do....................... xoxo-Opal

2 comments:

zizie said...

thank 4 share u knowledge with me.

My Opal said...

wokey